Jumaat, 26 Ogos 2011

Jeli beracun diharamkan


Foto kredit: alibaba.com
Memang popular agar-agar Seven Colour Crystal Ball ni. Rupa-rupanya di sebalik kecomelan dia, tersembunyi  daya tarikan yang boleh membahayakan kanak-kanak ya.  Macam-macam produk keluar sekarang, ada yang belum diuji betul-betul dan dikaji tahap keselamatan dia pada sekeliling.  Nampaknya perlu diambil lebih inisiatif untuk mencegah, daripada memikirkan keuntungan semata-mata.

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa hari ini, kerajaan melarang pembekalan dan penjualan agar-agar yang digunakan bagi pertumbuhan pokok, Seven Colour Crystal Ball (SCCB) serta barang seumpamanya di pasaran kerana boleh menyebabkan risiko usus tersumbat sekiranya ditelan kanak-kanak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dikuatkuasakan selepas kementeriannya menerima lapan kes akibat tertelan agar-agar itu, membabitkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun.

“Semua kes pembedahan berlaku antara April tahun lalu hingga Ogos tahun ini. Tujuh daripada kes berkenaan dilaporkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan satu daripadanya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kes terbaru yang dilaporkan di HKL membabitkan kanak-kanak berusia 12 bulan tertelan agar-agar itu dan dia menjalani pembedahan pada Selasa lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Agar-agar berkenaan berbentuk ketulan atau manik pelbagai warna dengan permukaan yang licin dan bergel digunakan sebagai hiasan serta sumber air kepada tumbuhan.

Baca selanjutnya di Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.