Jumaat, 26 Ogos 2011

Gambar-gambar ibu haiwan yang menjaga anak haiwan lain

Kasih sayang bukan hanya wujud di kalangan manusia, tetapi juga di kalangan haiwan.  Kerana haiwan juga dikurniakan otak dan perasaan, cuma tidak dikurniakan akal seperti manusia. Manusia dikurniakan pula akal, kerana itu lah manusia diperintahkan oleh Tuhan agar mengikut undang-undang dan bertindak dengan sewajarnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Beruk jaga anak kucing
Beruk jaga anak kucing

Maka sebaik-baiknya manusia jangan lah menjadi lebih teruk dan jahat dari haiwan. Manakala perangai-perangai yang baik haiwan, sebaiknya manusia menjadi lebih baik, seperti contohnya dalam menunjukkan kasih sayang pada si kecil dan menjaganya.  Tetapi ada juga perangai haiwan yang wajib dijauhi, antaranya ialah seks bebas. Kerana ianya akan mendatangkan lebih banyak keburukan kepada manusia. Nama pun dah disebut sebagai perangai kebinatangan, tak gitu?

Walaubagaimana pun lihatlah babak-babak yang menyentuh hati ini. Kalah pelakon-pelakon yang handal menjiwai watak ni, apa lagi ini semua bukannya lakonan, bukan seperti sesetengah manusia yang banyak berlakon. 

Gorila jaga anak kucing
Gorila jaga anak kucing


Anjing jaga anak kucing
Anjing jaga anak kucing


Anjing jaga anak babi
Anjing jaga anak babi (molek doh anjing dan babi, kedua-duanya najis mughallazhah)


Harimau jaga anak babi
Harimau jaga anak babi


Anjing jaga anak apa?


Anjing jaga anak tupai
Anjing jaga anak tupai


Anjing jaga anak harimau
Anjing jaga anak harimau


Kucing jaga anak anjing
Kucing jaga anak anjing


Kucing jaga anak hamster
Kucing jaga anak hamster


Kucing jaga anak monyet Tarsi
Kucing jaga anak monyet Tarsi (kalau tak silap)


Tetapi kenapa ada juga manusia yang sanggup buang anak?

[gmw.cn]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.