Sabtu, 13 Ogos 2011

Cherniyenko, mengenalkan nilai-nilai Islam sebagai penyelesaian masalah sosial Russia


Taras Cherniyenko seperti kebanyakan pegawai bank muda Russia, berpakaian rapi, bertali-leher, rambut pendek dan berjanggut nipis. Sambil duduk-duduk di sebuah cafe di Ulitsa Sretenka, dia menceritakan perjalanan spiritualnya, bermula ketika masih remaja hingga akhirnya memeluk agama Islam dan menggunakan nama islamnya Abdul Karim.

Sekarang, Cheniyenko menjawat sebagai wakil ketua organisasi tempat berkumpulnya etnik Russia yang masuk Islam, National Organization of Russian Muslim. Dia dan rakan-rakannya di organisasi itu, ingin menyebarkan nilai-nilai yang diajarkan Islam - misalnya larangan mengambil alkohol - pada masyarakat Russia sebagai penyelesaian untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi negara itu.

"Orang boleh beritahu bahawa minum vodka atau anggur adalah salah satu aspek penting dalam budaya Russia. Tapi, saya boleh menjadi orang Russia yang baik tanpa perlu minum minuman beralkohol. Sebahagian besar masalah-masalah sosial di Russia disebabkan oleh pengambilan alkohol," kata Cherniyenko.

"Jika kita boleh memperkenalkan nilai-nilai sosial yang islamik pada Russia, masyarakat dan negara ini akan lebih kuat," sambungnya.

Cherniyenko mendedahkan, kebanyakan orang Russia ingin tahu ketika dia mengatakan bahawa dirinya seorang muslim. "Ramai di antara mereka bertanya, mengapa saya pindah agama. Soalan itu bukan kerana mereka kasar, tapi kerana mereka ingin tahu," ujarnya.

Pegawai bank muda itu lalu bercerita bahawa dia membesar dalam persekitaran yang liberal di Petersburg. "Ibu saya mendorong saya dalam hal pendidikan, termasuk mempelajari pelbagai budaya dan agama. Saya pernah belajar kitab Taurat dalam bahasa Ibrani, belajar Gospel dalam bahasa Greek dan sedikit belajar teks-teks agama Hindu," tutur Cherniyenko.

Kerana belajar banyak agama itulah yang membawa Cherniyenko melakukan pencarian terhadap keyakinan yang sesuai dengan interpretasinya. "Saya mencari sebuah keyakinan yang tidak menolak Yesus atau menyembahnya sebagai tuhan, sebuah keyakinan yang mengakui yesus adalah seorang manusia, yang suci dan tanpa dosa, tapi dia tetap manusia. Itulah yang menuntun saya pada agama Islam," papar Cherniyenko.

Menurutnya, National Organization of Russian Muslim ketika ini mempunyai ahli kira-kira 2,000 orang dari 20 kawasan di seluruh Russia. Jumlah Muslim di Russia sekarang kira-kira 19 juta orang, yang menjadikan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di Russia selepas Kristian Ortodok.

Cherniyenko mendedahkan, spiritual yang mengikat erat antara ahli organisasi National Organization of Russian Muslim. "Setiap hari saya berdoa untuk ibu saya, keluarga, dan untuk keamanan dan kesejahteraan komuniti Muslim," tegasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.