Berita Terkini

Beban sejarah membuatkan Mualaf Yunani sembunyikan agama barunya


Muslimah Yunani dalam baju tradisional. Sebahagian dari mereka mulai berani membuka indentitinya sebagai penganut Islam
Mualaf Yunani sembunyikan agama baru
Yunani (Greece) mempunyai hubungan yang tidak menyenangkan dengan Turki di masa lalu. Maka segala hal yang berbau Turki membuatkan orang awam Greek alergik, termasuk agama Islam.

Bahkan, seperti yang dikatakan Tina Stylianidou, setelah menjadi Muslim memutuskan untuk pindah ke negara lain, sejak kanak-kanak, rasa benci itu sudah ditanamkan. "Tak hanya benci Turki, mereka juga diajar benci Islam," katanya.

Greece - yang diduduki oleh Turki selama lebih 400 tahun - mengajar padanya untuk percaya bahawa untuk setiap kejahatan yang dilakukan terhadap orang-orang Yunani, Islam yang bertanggung jawab. Bahawa Turki adalah Muslim dan kejahatan mereka mencerminkan keyakinan agama mereka. "Jadi selama beratus-ratus tahun kami diajarkan dalam sejarah kami dan buku-buku agama untuk membenci dan mencemuh Islam," tambahnya.

Di sekolah, dia mendapat pelajaran bahawa Islam sebenarnya bukan agama dan Muhammad adalah bukan seorang nabi. "Dia hanya seorang pemimpin yang sangat cerdas dan ahli politik yang mengumpulkan sejumlah peraturan dan undang-undang dari orang-orang Yahudi dan Kristian, menambah beberapa idea sendiri dan menakluk dunia." Hampir di semua tingkatan, pelajaran tak rasmi yang diberikan adalah: membenci Islam.

Dalam laman komuniti dalam talian global Muslim Greek, sebahagian besar mualaf Greek membuat keputusan sedar memeluk Islam di luar negara. Hanya segelintir yang memeluk Islam di negaranya. Itupun dengan catatan, mereka menyembunyikan keyakinan barunya dari keluarga mereka di tanah air asalnya.

"Ini adalah jalan, pengalaman sukar untuk menukar agama anda menjadi Muslim di sini," ujar lelaki yang minta hanya ditulis sebagai profesor "K", pakar Falsafah Perbandingan di Universiti Athens.

Di Yunani, katanya, ada tradisi mengalu-alukan Muslim yang murtad tetapi tidak sebaliknya, pada mualaf. Ramai Muslim setiap tahun dibaptis menjadi Kristian Ortodoks di gereja-gereja mereka, sebahagian kerana alasan perkahwinan.

Sebaliknya, mualaf akan dicaci oleh komunitinya, bahkan tak jarang diusir dari persekitarannya dan keluarganya disisihkan.

Maka tak ada pilihan, mualaf asal Greek memilih untuk menyembunyikan keislamannya, demi menjaga keluarga besarnya. Atau seperti pilihan yang diambil Tina Stylianidou dan mualaf lain; cuba nasib baru dengan berpindah ke luar negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (49) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.