Jumaat, 22 Julai 2011

Kru Ghost Adventures pergi memburu hantu ke San Diego

Kalau Malaysia terkenal dengan The Seekers, Indonesia dengan Dunia Lain dan sebagainya, di Amerika Syarikat pula terkenal dengan rancangan paranormal Ghost Adventures, yang telah mula disiarkan sejak Oktober 2008 dalam Travel Channel.

Ghost Adventures crew

Program ini asalnya bermula sebagai filem televisyen dokumentari bebas yang difilemkan oleh krunya pada tahun 2004 dan dikeluarkan oleh 4Reel Productions pada tahun 2006. Channel Sci-Fi mula mengeluarkan Ghost Adventures pada 25 Julai 2007.

Kru yang menjadi penyiasat paranormal bagi rancangan itu ialah 3 lelaki iaitu Zak Bagans, Nick Groff, dan Aaron Goodwin.

Yang terbaru, mereka sedang berada di San Diego, California untuk menyiasat satu tempat yang dikatakan berhantu. Ia dijadualkan untuk ke udara pada bulan September nanti.

Di bawah ini beberapa video lama rancangan Ghost Adventures.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.