Jumaat, 8 Julai 2011

Ikan yang makan buaya di Congo

Biasanya buaya yang makan ikan, tetapi berlainan sekali dengan sebuah sungai di Congo, Afrika, dimana di situ ada ikan yang makan buaya!

Ikan Goliath Tigerfish (Hydrocynus goliath) tergolong dalam keluarga 'Tigerfish' malah ia adalah yang terbesar. Selain di Sungai Congo, ia juga ada di Tasik Tanganyika.

Jeremy Wade, 52, seorang pemancing British pernah menangkap Goliath Tigerfish pada tahun lepas kalau tak silap saya di Sungai Congo, iaitu sejenis ikan seperti piranha tetapi bersaiz besar yang antara makanannya ialah buaya.

Ikan ini merupakan salah satu dari beberapa ikan air tawar yang terbesar dunia. Ia mempunyai 32 batang gigi yang sangat tajam dan ukurannya sama dengan saiz ikan jerung putih besar.

Panjang badannya ialah 1.5 meter, beratnya pula sekitar 45 kilogram.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.