Gambar-gambar yang menakjubkan ini telah diambil oleh jurugambar British Warren Baverstock, yang menghabiskan masa sembilan hari di Maldives untuk merakam makhluk-makhluk yang cantik ini. Sehingga 200 ikan pari jenis Manta ray berkumpul di Teluk Hanifaru (Hanifaru Bay), yang hanya bersaiz padang bola sepak, untuk memberi makan dan dibersihkan daripada parasit oleh ikan yang lebih kecil.
Baverstock, 42, dari Plymouth, England, berkata, "Saya perlahan-lahan menghampiri Manta tiga meter lebar. Saya terpesona dengan corak renangnya yang indah."
Baverstock bekerja dengan industri aquarium awam di Timur Tengah.
Manta ray adalah spesis ikan pari yang terbesar di dunia dan mempunyai otak yang paling besar berbanding nisbah berat badan sepupu mereka ikan pari biasa dan jerung. Mereka memakan larva plankton dan ikan sama ada di dasar laut atau di air terbuka.
Mereka menapis makanan mereka daripada air melalui insang mereka sambil mereka berenang. Manta kerap melawat stesen pembersihan di mana ikan kecil seperti wrasse, remora, dan angelfish berenang di insangnya.
[Time]
SubhanAllah. Walaupun besar nampak lemah lembut gaya ikan2 ni berenang. Sauk bentuk badan yang streamline tu pun memudahkan pergerakan dalam air. Pasti boleh berenang laju ni.
BalasPadamSebijik macam spaceship rekaan omputih tu. So, mereka meniru ciptaan Allah rupanya.