Sabtu, 6 Februari 2010

Cheetah bermanja dengan rusa kecil

Jurugambar Michel Denis-Huot, yang telah menangkap gambar-gambar yang menakjubkan ini pada safari di Masai Mara, Kenya pada bulan Oktober tahun lepas, berkata beliau terkejut dengan apa yang beliau lihat.

"Ketiga-tiga adik-beradik cheetah telah hidup bersama sejak mereka meninggalkan ibu mereka pada kira-kira umur 18 bulan," katanya.

"Pada waktu pagi kami melihat mereka, mereka seolah-olah tidak lapar, berjalan dengan cepat tetapi kadang-kadang berhenti untuk bermain bersama-sama."

"Pada satu ketika, mereka bertemu dengan kumpulan impala (rusa kecil) yang melarikan diri. Tetapi seekor yang muda tidak cukup pantas dan adik beradik Cheetah itu dapat menangkap dengan mudah.

Tetapi apa yang berlaku, bukan mereka memakannya, tetapi mereka bermanja dengannya. Dan kemudiannya mereka berlalu dari situ tanpa mencederakannya langsung.

Cheetah bermanja dengan rusa kecil


Cheetah bermanja dengan rusa kecil


Cheetah bermanja dengan rusa kecil

[seenandshared.com]


Sila lihat juga Kucing bermanja dengan anak rusa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.