Jumaat, 3 Jun 2011

Windows 8 mempunyai antaramuka berlainan sama sekali

antaramuka baru Windows 8
Windows 8 nampaknya telah banyak dilakukan 'overhaul' dari Windows-windows lama. Microsoft mahukan Windows 8 boleh digunakan dalam kedua-dua desktop dan tablet.

Ianya direkabentuk untuk penggunaan 'touch screen' dan juga sokongan keyboard dan mouse seperti komputer biasa.

Windows 8, yang ketika ini hanya 'codename', adalah sistem operasi 'split-brain' (belahan-otak). Ia akan menjalankan dua jenis aplikasi yang sama sekali berbeza, iaitu perisian Windows tradisional, setakat ini lebih kurang macam Windows 7, dan antaramuka fokus sentuhan seperti-tablet.

Antaramuka seperti-tablet tidak menggunakan icon pada desktop, sebaliknya menggunakan konsep 'tiles' grafik.

Istilah-istilah penggunaannya pun sudah semakin payah untuk saya terangkan dalam Bahasa Melayu. So, anda tengok saja lah video di bawah ni .......





Sekarang ini Windows 8 masih dalam pembikinan. Jika menurut berita yang lepas, Windows 8 mungkin akan dilancarkan dalam tahun 2012 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.