Rabu, 15 Jun 2011

Wanita-wanita membuka pakaian di jalanan untuk mencari calon suami

Lapan orang wanita yang berpelajaran di Canton, China, telah membuka pakaian di hadapan khalayak ramai dan bergaya seksi di jalanan kononnya mahu mencari calon suami.

Tetapi perbuatan itu sudah tidak kelihatan seperti orang yang berpelajaran. Rasanya orang asli pun geleng kepala tengok perbuatan mereka ini. 

Wanita-wanita cantik itu berkumpul di luar stesen kereta api Lu Xiao Bei, menari sambil muzik dimainkan, dan membuka pakaian hingga tinggal seluar dalam dan coli di depan penonton yang penasaran berkumpul walaupun hujan.

Dari kenyataan mereka, lelaki yang dicari mesti berumur antara 31 hingga 36 tahun, lebih tinggi dari 1.7m dan berpelajaran baik.

Tidak dapat dipastikan sama ada tindakan mereka ini kerana kreativiti ataupun terdesak. Agak-agak ada ke lelaki yang berpelajaran baik yang mahukan wanita-wanita begini? Atau pun mereka hanya akan diambil kesempatan untuk memuaskan nafsu seks mereka yang tidak bertanggungjawab saja.

Maka don't try this at home, dan semoga mereka-mereka ini tidak meneruskan usaha mereka yang lebih kepada mencari penyakit dari mencari calon suami.

[Stomp]


p/s: Harap maaf, gambar-gambar sudah dibuang kerana menampilkan aurat.

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.