Sabtu, 4 Jun 2011

Wanita berusia 100 tahun masih guna buku akaun bank tahun 1913

June Gregg has bank account dating to 1913
Wanita yang baru saja masuk umur 100 tahun, masih lagi menggunakan buku akaun bank zaman sebelum Perang Dunia Pertama lagi. June Gregg memberitahu kawannya bahawa buku akaunnya adalah yang sama dengan yang dibuka oleh ayahnya untuk beliau pada tahun 1913.

Ayah Gregg membuka akaun bank untuknya ketika dia belum lagi berusia setahun setengah. Kawan Gregg telah memberitahu hal ini kepada orang-orang di bank di bandar kecil selatan Ohio, AS itu.

Gregg masih memiliki buku tabungan biru kecil dari ketika akaun dibuka dengan deposit awal sebanyak $6.11 dollar. Ayahnya, Gilbert, seorang petani yang menanam jagung, gandum dan jerami, adalah pelanggan Bank Simpanan dan ingin satu-satu anak gadisnya itu untuk belajar berjimat.

Dengan bantuan akaun, Gregg selesa pada masa pencen walaupun setelah bertahun-tahun. "Saya dalam keadaan baik kerana saya tidak punya banyak keinginan," kata Gregg, yang tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak.


[MSNBC]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.