Khamis, 16 Jun 2011

Tiga wanita memandu ke dalam tasik selepas mengikut arahan GPS

Nampaknya tidak boleh percaya sangat pada GPS, kadang-kala memberikan arahan yang salah juga. Begitulah yang terjadi kepada tiga orang wanita yang telah memandu ke dalam sebuah tasik selepas mengikut arahan dari alat GPS dalam kereta SUV mereka.

Kejadian itu berlaku selepas waktu tengah malam di Mercer Slough Park, Washington. Apabila kereta mula memasuki air, mereka bergegas keluar dan kemudian melihat saja kereta yang mereka naiki tenggelam.

Mereka ke bandar itu untuk menghadiri persidangan rasmi, dan mereka cuba untuk mencari jalan kembali ke hotel mereka di Bellevue setelah mereka sesat.

Seorang pemandu trak penunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5 pagi, tetapi pada masa itu kereta sudah tenggelam sepenuhnya.

Polis kemudiannya telah cuba untuk menarik kenderaan itu keluar.  Ketiga-tiga wanita itu dihantar pulang ke hotel mereka oleh pasukan bomba.

Berhati-hatilah dalam mempercayai alat GPS anda. Jangan meletakkan harapan 100% padanya. Mesti tengok juga keadaan dan sewaktu dengannya. Semoga selamat semuanya .......

[Dailymail.co.uk , UPI]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.