Isnin, 13 Jun 2011

Siapa yang lebih fanatik perkauman, MCA atau DAP?

Logo DAP dan MCA
DAP (Democratic Action Party) dan MCA (Malaysian Chinese Association), yang mana satu merupakan parti politik yang membela kaumnya sahaja? Sudah tentunya MCA, kerana namanya sahaja sudah Persatuan Cina Malaysia, berlainan dengan DAP iaitu Parti Tindakan Demokratik.

Ahli-ahli parti DAP pun bukannya Cina semata-mata dan perjuangan mereka bukannya untuk kaum Cina semata-mata, tetapi lebih kepada mahukan demokrasi.

Sampai bila kita masih mahu mengekalkan PERKAUMAN di Malaysia ini? Apa gunanya mencipta slogan 1Malaysia jika sekiranya parti-parti politik perkauman masih lagi diteruskan? Sampai bila MCA, MIC dan UMNO mahu menggunakan nama parti yang berunsurkan perkauman?

MCA (Malaysian Chinese Association) , MIC (Malaysian Indian Congress) dan UMNO (United Malay National Organisation) , ketiga-tiga nya masih menggunakan nama yang mewakili suatu kaum. Dan mereka hanya bergabung di bawah parti besar iaitu Barisan Nasional @ BN.

Walaupun mereka sudah bergabung, tetapi sisa-sisa nama parti yang bersifat perkauman masih ditinggalkan. Sampai bila mahu berpuak dan berjuang kerana kaum begitu? Tengok saja Pakatan Rakyat, mereka tidak menggunakan nama parti atas nama kaum pun. PAS, Keadilan, DAP, semuanya tidak menggunakan nama kaum untuk berdiri di atas nama parti.

Maka siapa yang lebih fanatik perkauman sekarang?  Bila lagi kerajaan BN mahu hakis perkauman di Malaysia? Takkan hanya slogan 1Malaysia sahaja yang kuat dilaungkan , tetapi usaha untuk menghakis perkauman tidak ada?  :)



3 ulasan:

  1. awak rasa DAP akan tlg ke org melayu klu dorg jd pemimpin? Di Pulau Pinang adalah jawapannya. PAS pula hanya membisu mengikut telunjuk PKR. Demokrasi hanyalah slogan dimulut,tetapi bukanlah perjuangan sebenar mereka.

    BalasPadam
  2. DAP akan tolong orang MElayu? saya tanya saudara balik, MCA akan tolong ke orang MELAYU semata? :)

    Kita dah ada PAS dan PKR untuk orang MElayu lebih2 lagi orang ISLAM. Tulisan di atas hanya untuk membandingkan antara DAP dan MCA , mana yg lebih FANATIK PERKAUMAN :)

    Belum di beri PEMERINTAHAN kepada pembangkang sekarang, macam mana kita boleh mudah2 kata mereka itu ini?

    Berikan dulu PEMERINTAHAN, baru kita tahu. Kita tak boleh MENUDUH dan MEMBURUKKAN orang selagi orang itu belum LAKUKAN.

    Kerajaan BN sekrg ini ternyata banyak TIDAK ADIL. Terbukti BANYAAK sangat dah. :)

    BalasPadam
  3. dok sohlah nak takut ngan cina sbb kiter tak dididik tuk baham melayu ke india ke siape2. Yang mengatakan kiter mengancam melayu tu siape? Cik IA tu lah!bile aku kater nak jadi PM? bile cina nak christian jadi PM? Kiter tak rajin cakap, org lain pulok sibuk kater kiter yg ckp. Fitnah betol.Org Islam jadi PM ok je, kiter tak ckp ape, dah 60 peratus ke atas orang Islam, org Islam yg jadi PM takde masalah, asalkan aku mempunyai hak2 asasi dah lah. Yang kiter nak, bukan lagi melayu shj ditlg, tapi semua golongan miskin ditlg, barulah Malaysia berkembang pesat. Abis citer. kiter org trg gak, salam deh..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.