Khamis, 16 Jun 2011

Penggodam LulzSec menggodam laman web CIA

Lulz_Security
Sekumpulan hacker @ penggodam yang bergelar Lulz Security telah menggodam laman web jabatan perisikan Amerika Syarikat iaitu CIA (Central Intelligent Agency @ Agensi Perisikan Pusat) pada hari Rabu, menyebabkan laman web itu 'shut down' sekejap.

Penggodaman ke atas laman CIA.gov itu berlaku pada hari yang sama kumpulan tersebut membuka talian telefon meminta supaya peminat mencadangkan sasaran yang berpotensi.

Dalam Twitter mereka menyebut, "Tango down - cia.gov - for the lulz".

Laman web CIA itu tidak boleh diakses dalam banyak waktu pada hari Rabu tetapi dakwaan 'hack' tidak dapat segera disahkan.

Adalah tidak jelas sama ada gangguan itu disebabkan oleh usaha LulzSec atau kerana bilangan besar pengguna internet cuba untuk memasuki laman web ini.

LulzSec semakin menjadi terkenal sejak beberapa bulan lalu dengan menyerang Sony, Nintendo, beberapa penyiar AS, dan tempat awam yang dihadapi oleh Senat AS.

Tidak banyak yang diketahui mengenai LulzSec, selain jelas mereka bermotivasikan untuk 'menggodam'.

Pertubuhan-pertubuhan dan syarikat yang ia sasarkan seringkali kerana mereka bertindak bertentangan dengan kepentingan rakyat atau pengguna.


Penggodaman laman web kerajaan Malaysia

Hari ini merupakan hari yang dijanjikan oleh penggodam yang dikenali sebagai 'Anonymous' untuk menyerang laman web kerajaan Malaysia pada pukul 3:30 pagi tadi. Alasan mereka untuk menyerang ialah kerana kerajaan mengenakan tapisan terhadap internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail.

Difahamkan, laman web Tourism Sabah, UiTM Sabah dan Jabatan Pengajian Politeknik digodam pada jam 10 pagi dan kembali pulih selepas jam 3 petang semalam.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata semua cubaan menggodam itu berjaya dipatahkan berikutan arahan berjaga-jaga yang dikeluarkan kepada semua agensi sejak kelmarin, selain persiapan awal yang dibuat untuk menghadapinya.

"Bagaimanapun, tempoh ancaman belum berakhir, jadi kita mahu semua agensi kerajaan terus mempertingkatkan keselamatan laman web masing-masing bagi tempoh 24 hingga 36 jam ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya sama ada kerajaan bercadang menutup semua sistem komputernya hari ini berikutan ancaman itu, Thajudeen berkata, kerajaan tidak akan mengaku kalah kepada penggodam, sebaliknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi mereka.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan cubaan godam yang dilakukan semalam adalah berskala kecil atau dilakukan penggodam tempatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga sudah bersiap sedia menghadapi ancaman siber berkenaan serta yakin berupaya menangkis cubaan mereka.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan semalam, berkata mereka sudah menyelaras strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Sebelum ini pun ada serangan siber dilakukan terhadap laman web kerajaan tetapi kita (SKMM) dapat memulihkannya dengan pantas kerana sudah ada mekanisme dan prosedur bagi menanganinya.

"Bagaimanapun, SKMM akan terus berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman siber bagi memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian perhubungan demi integriti pelanggan di Malaysia," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya memandang serius ancaman itu dan menganggap kebarangkalian ia berlaku adalah tinggi.

‘Anonymous' dikesan pegawai sebuah syarikat perisian keselamatan di Finland dan makluman mengenainya dibuat pada jam 4.42 pagi Selasa lalu.

Minggu lalu, 'Anonymous' melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet.

Hujung minggu lalu pula, laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.

"Kita sudah memaklumkan perkara (serangan) ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di sini, semalam.

Rais menjelaskan Malaysia tidak pernah mengenakan sekatan internet tetapi akan mengambil tindakan terhadap mana-mana laman web yang mengandungi unsur jenayah.

"Saya rasa mereka tidak faham niat baik kita. Kita tidak ada sekatan tetapi apabila berlaku jenayah siber, mekanisme itu (sekatan) akan digunakan," katanya.

Beliau berkata, semua laman web yang berkenaan (disekat) boleh merayu kepada SKMM agar sekatan itu ditarik balik, bagaimanapun setakat ini suruhanjaya itu tidak menerima sebarang rayuan.

[Berita Harian]


anonymous penggodam laman web Malaysia
Walaupun laman-laman web kerajaan tidak berapa kena godam mana tadi, tetapi nampaknya kerajaan tidak akan duduk selesa kerana bila-bila masa kumpulan penggodam itu boleh bertindak semula.

'Anonymous' mungkin tidak akan beritahu bila masa mereka akan serang lagi, dan mungkin yang pertama ini hanya satu amaran dari mereka.

Oleh itu wahai kerajaan, jaga lah hati rakyat baik-baik kerana rakyat sekarang ini sudah genius-genius belaka. Usahlah main taktik menipu dan zalim lagi kerana rakyat sudah nampak sangat cara kuno kamu itu.

Kebetulan pula ya, laman web kerajaan Malaysia dan laman web kerajaan Amerika Syarikat kena godam. Adakah ini satu kebetulan atau pakatan? :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.