Selasa, 28 Jun 2011

Motosikal chopper dibuat dari kulit dan pameran motosikal klasik di Muzium Harley Davidson

all-leather motorcycle

Antara motosikal terbaru yang dipamerkan di Muzium Harley Davidson ialah motosikal yang diperbuat dari kulit keseluruhannya, buatan Jepun.

Ia sebenarnya ialah replika dengan skala 3/4 yang melibatkan 20 orang tukang dari Jepun yang mahir dalam produk-produk yang diperbuat dari kulit.

Kenderaan bertayar tiga yang diberi nama 'Project K' juga ada dipamerkan. Kenderaan itu dicipta dalam tahun 1980an ketika syarikat Harley Davidson membuat eksperimen kenderaan kacukan motosikal dan kereta.

Project K

Harley-Davidson mempunyai 500 kenderaan dalam arkibnya, serta 150,000 gambar dan negatif, 7000 helai pakaian dan aksesori, dan banyak kesusasteraan pemasaran, manual, dokumen perniagaan dan cenderamata peribadi seperti jurnal dan diari.

Arkib itu bertarikh kembali ke waktu syarikat itu bermula pada tahun 1903.

Motor yang diguna oleh pelombong di utara California sekitar tahun 1926


Moto cross dari tahun 1978


Bill Davidson (cicit kepada pengasas bersama Harley-Davidson Motor Company) berdiri di samping motosikal Rikuo


Motosikal model Rikuo adalah motosikal Harley yang pertama dikilangkan di Jepun.  Dan banyak lagi motosikal-motosikal keluaran mereka yang akan dipamerkan sehingga 21 Ogos ini di Muzium Harley Davidson, Milwaukee, Wisconsin, AS.

Harley Davidson Museum
Muzium Harley Davidson


Harley Davidson XLA, era Perang Dunia Kedua, inspirasi dari model BMW





Logo Harley Davidson


[AOL , AP , Wikipedia]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.