Isnin, 20 Jun 2011

Kelab Taat Suami telah dilancarkan di Jakarta

Dr Rohaya Mohamed kelab taat suami
Kelab Taat Suami yang berasal dari Malaysia, akhirnya membuka cabang di Indonesia. Kelab ini mengakui memiliki 300 ahli di Indonesia.

Kelab ini ditubuhkan untuk mendorong wanita benar-benar taat kepada suami dan fokus menjaga kepuasan seksual. Isteri yang memasuki kelab ini juga harus merelakan suaminya berpoligami. Alasannya hukum poligami diperbolehkan ajaran Islam, sehingga isteri harus rela dipoligami.

Seperti dikutip dari Assosiated Press, pemimpin kelompok Gina Puspita mengatakan kelab ini akan menawarkan ahlinya, pakej-pakej pembelajaran termasuk bagaimana memperlakukan suami mereka di tempat tidur.

"Seorang isteri harus 100 peratus taat kepada suaminya dalam segala aspek, terutama dalam pelayanan seksual," katanya.

Dalam pelancaran yang diselenggarakan di sebuah restoran di selatan Jakarta, dihadiri sekitar 50 wanita yang didampingi suaminya. 

Kelab yang dilancarkan awal bulan ini, didirikan oleh kelompok Islam konservatif, Global Ikhwan Sdn Bhd di Malaysia, yang memiliki ahli ratusan wanita. Penyelenggara mengakui dengan adanya kelab ini dapat menyembuhkan penyakit sosial seperti pelacuran dan perceraian. Kelab ini mengajar wanita harus tunduk pada suami dan selalu membahagiakan mereka di ranjang.






[Vivanews]



Sebelum ini Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed mencetuskan kontroversi dengan mengatakan isteri yang baik mesti melayan suami ibarat pelacur kelas pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.