Rabu, 15 Jun 2011

Kamera boleh tukar lense Panasonic Lumix DMC-GF3 terkecil dan teringan di dunia setakat ini

Panasonic semakin mengecilkan lagi kamera yang boleh tukar lense mereka dengan memperkenalkan pula Panasonic Lumix DMC-GF3.

Dengan itu setakat ini ia menjadi kamera digital yang boleh tukar lense (digital interchangeable lens camera) yang mempunyai flash bina dalam yang terkecil dan teringan di dunia.
Panasonic Lumix DMC-GF3 red

DMC-GF3 adalah 16.7 peratus lebih kecil dan 16.2 lebih ringan dari yang terkecil sebelumnya iaitu DMC-GF2.

Panasonic Lumix DMC-GF3 telah dibuang optical viewfinder dan kotak cermin (mirror box) yang bermakna tidak ada viewfinder elektronik.

GF3 lebih kecil dari siri NEX Sony yang terbaru, dan menawarkan 12.1-megapixel Live MOS sensor bersaiz DSLR.

Prosessor imej Venus Engine FHD nya sama dengan GF2 untuk mengeluarkan imej yang rendah noise dalam keadaan cahaya kurang dengan setting ISO sensitiviti tinggi.

Ia boleh merakam full-HD 1080/60i video. Menggunakan menu touchscreen, yang boleh diselenggarakan dengan 'drag and drop'.

Body nya seberat 222 g (7.83 oz) dan berukuran 107.7 x 67.1 x 32.5 mm (4.24 x 2.64 x 1.28-in) dan serasi dengan SD/SDHC/SDXC Memory Card. Akan boleh didapati dalam warna hitam, merah, putih dan coklat.

Body dan lense 14mm akan dijual dalam bulan Julai dengan harga US$699.99. Manakala body dengan lense 14-22mm akan dijual dalam bulan Ogos dengan harga US$599.99.

Panasonic Lumix DMC-GF3 white
Panasonic Lumix DMC-GF3 black
Panasonic Lumix DMC-GF3 black on hand

[Gizmag]


*Update 21 Ogos 2011

Kamera Pentax Q black sudah menjadi kamera interchangeable yang terkecil di dunia ketika ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.