Selasa, 14 Jun 2011

Facebook hilang 100,000 pengguna di Britain

Populariti Facebook semakin menurun
Populariti Facebook nampaknya semakin menurun dengan bulan lepas sahaja seramai 100,000 orang pengguna di Britain telah matikan akaun mereka.

Trend ini dapat dilihat dengan di Amerika Syarikat sahaja sudah 6 juta orang mula menghenti / mematikan akaun Facebook mereka. Jumlah pengguna di sana jatuh dari 155.2 juta orang kepada 149.4 juta.

Kanada, Russia dan Norway juga mengalami kejatuhan pada bulan Mei. Kejatuhan tersebut dikatakan kerana pengguna-pengguna Facebook telah mencapai satu titik kejenuhan.

Secara keseluruhan, bagaimanapun Facebook ini terus berkembang dan sekarang hampir 700 juta pengguna di seluruh dunia, walaupun pertumbuhan itu lambat untuk bulan kedua berturut-turut.

Laman dalaman Facebook, yang mendapatkan perangkaan itu, melaporkan bahawa sebahagian besar pengguna baru terus datang dari negara-negara yang relatif terlambat dalam menerima Facebook. Jadi macam bertukar syif pula, negara yang lama dengan Facebook semakin kurang pengguna, diganti dengan negara-negara yang lambat menerima Facebook.

[Metro.co.uk]


Lebih kurang macam saya sekarang nampaknya, yang juga sudah jenuh dengan Facebook, walaupun sebelum ini sangat aktif di sana terutamanya dalam bab upload gambar huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.