Isnin, 6 Jun 2011

EGO - Separuh bot separuh kapal selam

EGO, bot yang separuh boleh tenggelam adalah kenderaan yang direka dan dihasilkan di Korea Selatan oleh sebuah syarikat bernama Raonhaje. Kapal yang luar biasa ini pada asasnya ialah sebuah bot kecil dengan kabin bawah air untuk dua orang disertakan di bahagian bawahnya. Anda boleh masuk ke bawah air melalui lubang dek di tengah bot, dan turun dengan tangga pendek.

EGO submarine boat

Pada bahagian yang tenggelam EGO adalah beberapa kerusi yang kelihatan selesa, roda kemudi dan panel instrumen. Ianya tidaklah kedap udara seperti kapal selam biasa.

Dengan menaiki EGO, terutamanya di bahagian bawah, boleh lah melihat pemandangan dasar laut dan hidupan-hidupannya. Tingkap lutsinarnya diperbuat dari acrylic setebal 20mm (0.8 inci) yang mana 200 kali lebih kuat dari kaca biasa pada ketebalan yang sama. Ia adalah bahan yang sama yang digunakan pada akuarium besar di taman marin dan zoo.

EGO ditujukan terutamanya pada resort tepi laut mewah. Mereka pada ketika ini sedang mengembangkan versi empat kerusi yang seharusnya memperluaskan daya tariknya sebagai kenderaan pelancongan.

EGO submarine boat


EGO submarine boat

Namanya pun dah EGO.  Mungkin orang yang akan menaikinya pun orang-orang yang ego saja kut :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.