Berita Terkini

Ulama' Aceh pun minta agar kerajaan Kelantan dipertahankan

Alhamdulillah, lawatan ulama' besar dari Aceh, Indonesia tidak mengecewakan, malah menambah bukti bahawa pemerintahan kerajaan Kelantan begitu dihargai dan dipuji oleh ulama-ulama besar negara lain termasuklah Ulama' Aceh.

Yang paling perlu diberi tumpuan dalam kenyataannya pada Harakahdaily seperti yang dilampirkan di bawah ialah, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

Sememangnya agama tidak boleh berpisah dengan politik. Jika berpisah maka itu sudah menjadi sekular (memisahkan agama dari politik). Apa lagi jika dibuang terus undang-undang Islam dan memartabatkan undang-undang British. 

KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.

“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.

“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.

Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.

Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.

Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.

“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya. 



Sebelum ini kita pernah dengar bahawa ada ulama' Arab Saudi yang memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh. Adakah mereka sudah betul-betul ronda Kuala Lumpur sebelum mengatakan bahawa Malaysia sebagai negara Islam contoh?

Ntah-ntah maksud itu ditujukan kepada negeri Kelantan, keh3.  Bagaimana Malaysia mahu dijadikan contoh jika bandar Metropolitik-setan Kuala Lumpur dipenuhi dengan sarang jenayah, sarang maksiat, bohsia, bohjan, mak nyah, Along, rempiters, rogolers, pemabukers dan sebagainya?

Malu lah kita jika disebut sebagai contoh apabila kadar jenayah di negara kita sendiri sebenarnya jauh lebih tinggi dari Arab Saudi, Qatar dan sebagainya.

Dan banyak lagi persoalan yang tidak sesuai dilabelkan Malaysia sebagai negara Islam contoh, apa lagi undang-undang Islam pun tidak dijalankan .......

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Semuga Kelantan terus "flourish" di bawah kepimpinan Tok Guru/PAS. Semuga Allah memberkati dan merahmati bumi Kelantan.

    Sejuk hati bila baca post ni. Terima kasih Pak Unik. Saya pun doakan agar Terengganu pun akan mendapat pemimpin yang menegak kan hukum Allah.

    BalasPadam
  2. doala bnyak2 Rindu Alam..
    bio tganu subur ngan Islam..

    teringat zaman kecik2 dulu.. aman je ganu.. cam ISlam tu idop.. p skang bila da besar , xrasa mana nikmat tym kecik..
    tak tahula antara roh islam dalam diri ke dalam ngeri yg berkurang.nauzubillah..

    toink2: soh jalan kat umah? umah mane ea? dulu umah tok depan masjid kijal tu je, pastu pndah kat kg baru ttian brayun..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (54) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (49) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (334) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.