Jumaat, 20 Mei 2011

Satu dari tiga mahasiswa universiti di Berlin mahu jadi pekerja seks

kerja seks
Satu dari tiga orang mahasiswa universiti di ibu negara Jerman akan mempertimbangkan kerja seks sebagai sarana untuk membiayai pendidikan mereka, sebuah kajian dari Pusat Pengajian Berlin (Berlin Studies Center) mendedahkan.

Perangkaan di Berlin, di mana pelacuran adalah sah, lebih tinggi daripada pelajar yang dikaji di Paris (29.2 peratus) dan di Kiev (18.5 peratus).

Kajian ini mendapati dalam 4 peratus daripada 3,200 pelajar Berlin yang dikaji selidik mengatakan mereka telah melakukan beberapa bentuk pekerjaan seks, yang meliputi pelacuran, tarian lucah @ erotik dan pertunjukan di Internet.

Jumlah lelaki yang mengatakan mereka akan mempertimbangkan kerja seks hampir sama dengan jumlah wanita.

30 peratus pelajar bekerja dalam industri seks dililit hutang. Ianya dibandingkan dengan 18 peratus daripada pelajar yang dililit hutang yang mengatakan mereka akan mempertimbangkan kerja seks.


[Reuters]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.