Rabu, 25 Mei 2011

17 piramid baru dijumpai oleh satelit infra-merah

Sebuah kajian satelit ke atas Mesir telah menemui 17 piramid yang hilang di antara ribuan makam dan penempatan purba.


Para saintis membuat penemuan menggunakan foto IR yang membolehkan mereka untuk mengenalpasti struktur bawah tanah.

Kewujudan dua buah piramid telah disahkan oleh penyelidik di permukaan tanah di sebuah tempat bernama Saqqara.

Kemajuan teknologi  'arkeologi ruang angkasa' ini sedang dirintis oleh sepasukan ahli arkeologi dari Universiti Alabama di Birmingham dipimpin oleh US Egyptologist, Dr Sarah Parcak.

"Kami telah dengan mendalam melakukan kajian ini selama lebih dari setahun," kata Parcak kepada BBC. "Untuk menggali piramid adalah impian setiap ahli arkeologi," katanya.

Pasukan ini menganalisa gambar dari kamera-satelit sehingga mereka dapat memperbesarkan objek kurang dari 1m dengan diameter di permukaan bumi.

Pengimejan infra-merah (Infra-red imaging) kemudiannya digunakan untuk mengenalpasti bahan yang berbeza di dalam tanah.


[TNT Magazine , BBC]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.