Isnin, 25 April 2011

Video-video berkenaan masalah Saka dan cara mengatasinya




Saka dan Cara Mengatasinya - Ustaz Sharhan Shafie

Berikut adalah beberapa tips yang diberikan oleh Ustaz Sharhan Shafie tentang bagaimana untuk mengetahui adanya Saka;

1 - Apabila tidur selalu bermimpi menyusukan anak / melihat orang lain menyusukan anak / mendukung anak.

2 - Waktu bangun tidur sentiasa ada lebam-lebam pada bahagian tubuh.

3 - Anak cucu yang mempunyai Saka, rumahtangganya bermasalah. Masalah kecil pun jadi besar dan berlarutan.

4 - Jika ada anak maka anak itu hyperaktif, tidak mendengar kata dan seringkali menyakiti hati ibubapanya.

5 - Anak itu waktu tidur nya akan berbunyi giginya bergeser-geser.

6 - Orang yang ada Saka itu nervous / resah gelisah tanpa sebab. Kata ulama', jika jantung kita berdebar dan berdegup kencang, biasanya jin itu ada di sekeliling kita.

7 - Sentiasa merasa sakit sangat di atas belakang badan. Begitu juga pada bahagian-bahagian sendi - lutut, kaki dan sebagainya. Kerana jin-jin itu tidak mahu orang pergi ke masjid.


Ayat untuk mengelak Saka

Surah Al Isra' ayat 82 - وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Maksud ayat - "Dan Kami turunkan dari Al quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ......."


Video-video upacara membuang Saka



Upacara buang saka oleh Tok Kecik



Upacara buang saka oleh BADAN UKHWAH DARUL IMAN (BUDI)


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.