Rabu, 13 April 2011

Trend membuat telinga seperti Elf dalam Lord of The Rings di Amerika Syarikat

Sebuah trend baru yang muncul di kalangan anak muda Amerika Syarikat - iaitu membuat telinga runcing.

Menurut ABC news, anak-anak muda yang sentiasa mengikut fesyen mutakhir yang menjadi peminat filem seperti "Lord of the Rings" dan "Star Trek," seperti mahu meniru agar kelihatan seperti watak Elf dalam filem-filem itu, terutamanya pada bahagian telinga runcing.

Pembedahan untuk melakukannya memang menyakitkan dan berbahaya. Tidak seperti beberapa tatoo dan tindikan, pembedahan telinga mahal dan tidak boleh patah balik lagi.

Doktor bedah akan memotong tulang rawan dan menjahit kembali untuk bergabung dengan telinga. Kebanyakan ahli bedah dan pakar memberi amaran bahawa prosedur itu merbahaya dan boleh menyebabkan radang telinga.


Sumber - The Korea Herald, 10 April 2011



“Allah melaknat wanita yang mentatoo, wanita yang minta ditatoo, wanita yang mencabut alis (atau rambut lainnya yang ada di wajah), wanita yang minta dicabutkan alisnya (atau rambut lainnya yang ada di wajah), wanita yang minta direnggangkan gigi-giginya. Mereka adalah wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah.”

Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata: “Bagaimana mungkin aku tidak melaknat orang yang dilaknat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?” (Muttafaqun ‘alaih)



~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.