Khamis, 14 April 2011

Thailand cipta rekod dunia dengan Perang pistol air

Seramai 3,477 warga Thailand dan pelancong asing bersenjata dengan pistol air berhadapan di luar salah satu pusat membeli-belah terbesar di Bangkok dan berbasahan selama 10 minit tembak-menembak untuk merayakan Pesta Air Songkran (Songkran Water Festival).

Pesta Songkran (ertinya memasuki yang baru) 3 hari dirayakan di Thailand sebagai Hari Tahun Baru tradisional 13-15 April.

Ketika perayaan, orang ramai menyembur air pada masing-masing melambangkan kononnya untuk mencuci dosa-dosa tahun sebelumnya.

Dengan ini Thailand sudah mencipta Guinness World Record yang baru. Perlawanan air sebelumnya yang mencipta rekod terbesar di dunia diadakan di Sepanyol pada tahun 2007.

Dah jadi macam kanak-kanak lah pula nampak nya ya :)







Sumber - Telegraph.co.uk


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.