Jumaat, 1 April 2011

Stesyen TV pertama di Malaysia menggunakan teknologi HD

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Stesyen TV AlHijrah kerana telah mengorak satu lagi langkah baru dengan merintis penggunaan teknologi berdefinisi tinggi / High Definition (HD) di negara ini.

TV AlHijrah merupakan Stesyen televisyen Islamik yang pertama di Malaysia. Ianya mula ke udara pada 1 November tahun lepas. Ia dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat sebagai syarikat berhad pada September 2009.

Sememangnya stesen TV Astro turut menayangkan program-program yang dihasilkan menerusi teknologi HD tetapi ia merupakan program-program yang diimport dari negara luar dan Astro tidak menerbitkan sendiri program-program berteknologi HD itu.

Sebaliknya, TV AlHijrah menghasilkan sendiri program-program tempatan berteknologi HD.[kosmo.com.my]

Antara kelebihan teknologi HD ini selain daripada kualitinya yang jauh lebih bagus, ia juga menjimatkan masa berbanding dengan teknologi Standard Definition (SD) sebelum ini.

TV AlHijrah sekarang ini dalam proses permohonan penambahan 10 lokasi pemancar. Pemilihan lokasi pastinya yang strategik dengan tarikan penonton iaitu di Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Isi kandungan rancangan TV AlHijrah adalah berbahasa Melayu. TV AlHijrah boleh diikuti siarannya di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).[kosmo.com.my]

Saya harap agar TV AlHijrah dapat bersiaran dengan baik dan berkesan dengan pengisian-pengisian bahan agama yang betul. Pentingkan mana yang lebih penting terlebih dahulu dan perkatakan tentang Islam secara menyeluruh, bukannya tertumpu kepada topik rumahtangga, ekonomi, masalah sosial dan beberapa perkara tertentu sahaja yang selama ini banyak ditapis.  Islam ini syumul (menyeluruh), bukannya sekerat-sekerat.

Sebolehnya biar lengkap penerangan tentang Islam, dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada masalah negara yang melibatkan Hukum Hudud dan undang-undang Islam lain. Boleh dilaksanakan secara beransur-ansur agar masyarakat juga tidak terkejut dan melatah. Juga sebaiknya ada kan rancangan yang berbentuk Fatwa Semasa, agar masyarakat tidak kabur dan teraba-raba lagi untuk mengetahui fatwa semasa di zaman yang serba mencabar ini.

Anda boleh layari laman web rasmi TV AlHijrah di  tvalhijrah.com.  All the best to TV AlHijrah, baarokallahu lakum .......


Rujukan -  kosmo.com.my , tvalhijrah.com


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.