Jumaat, 29 April 2011

Pernikahan Putera William dan Kate Middleton telah termeterai

Putera William dan Kate Middleton telah secara rasmi bernikah / berkahwin di biara Westminster tidak lama tadi (Jumaat 29 April 2011) dalam majlis diraja yang disiarkan ke seluruh dunia. Maka Kate Middleton atau nama sebenarnya Catherine Middleton sekarang sudah bergelar Duchess of Cambridge.

Sebelum upacara melafazkan ikrar, Middleton, "rakyat biasa" pertama yang akan berkahwin dengan seorang putera yang hampir dengan takhta dalam tempoh 350 tahun, berjalan perlahan sambil disaksikan hadirin seramai 1,900 orang.

Beribu-ribu orang dari seluruh dunia berada di luar biara, ramai dari mereka berkhemah semalaman untuk melihat paparan terbaik raja dan ratu masa depan dan mengisi faktor merasa-baik yang singkat mengangkat Britain dari kemuraman ekonomi.

Ketika kedua mempelai bertemu di altar, William membisik sesuatu kepada Middleton dan beliau tersenyum.

Pasangan itu dikahwinkan oleh Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams. “Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri," katanya.

Middleton memakai baju pengantin sutera dan satin berwarna putih serta tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan yang pernah dipakai ibu William, Puteri Diana. Manakala Putera William memakai pakaian kolonel Irish Guards yang berwarna merah.

Ratu Elizabeth serta kerabat diraja lain, David dan Victoria Beckham, Elton John serta Perdana Menteri, David Cameron, adalah antara orang kenamaan dan selebriti yang hadir.


[Reuters]


Suasana pernikahan diraja British ini boleh disaksikan secara live di Youtube, dalam saluran The Royal Channel




Dan video di bawah ini versi gila-gila @ disko yang mereka buat, ih ih ih . Tetapi watak dalam video ini bukanlah watak sebenar, tetapi mereka cari wajah yang hampir-hampir sama dengan watak masing-masing. Jumpa pulak mereka cari ya kesemua wajah yang hampir sama tu. Ianya adalah lakonan yang dibikin oleh T Mobile.

3 ulasan:

  1. Pernikahan diraja ini telah mencatat rekod paling banyak ditonton secara langsung (live) di internet dengan 1.6 juta orang lebih penonton, melalui saluran Youtube dan macam-macam lagi , mengatasi rekod sebelum ini iaitu World Cup 2010.

    Lebih dari 6.8 juta orang membuat komen di status update di pelbagai wall Facebook sejak 24 jam yang lalu. Menjadikan 9.4 juta orang semuanya memberi komen dalam seminggu ini.

    BalasPadam
  2. Semuga Kate dapat menjalani hidup lebih bahagia bersama William. Tidak seperti mendiang ibu mertua nya, Diana. Ternyata Charles tidak mencintai Diana. Beliau terpaksa atas desakan keluarga. Kesian sunnguh Diana. Mangsa keadaan dan akhirnya menjadi mangsa keluarga ningrat yang tidah berhati perut tu.

    BalasPadam
  3. Semuga Kate dapat menjalani hidup lebih bahagia bersama William. Tidak seperti mendiang ibu mertua nya, Diana. Ternyata Charles tidak mencintai Diana. Beliau terpaksa atas desakan keluarga. Kesian sunnguh Diana. Mangsa keadaan dan akhirnya menjadi mangsa keluarga ningrat yang tidah berhati perut tu.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.