Khamis, 28 April 2011

Penemuan baru - Patung gergasi Firaun Amenhotep III

Para ahli arkeologi menemui sebuah patung gergasi kepada Firaun terkenal Mesir, Amenhotep III, di kuil persemayamannya di kota Luxor, selatan Mesir, menurut pihak berkuasa barangan purba pada hari Selasa.

Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di kuil persemayaman Amenhotep III di Kom al-Hitan.

Patung itu merupakan salah satu dari dua patung yang ditempatkan di pintu masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa yang melanda pada tahun 27 SM, menurut pernyataan pihak berkuasa barangan purba.

"Kumpulan arkeologi kini sedang bekerja untuk membersih, memulih serta mengumpulkan tujuh bahagian patung itu. Kepala patung itu juga sedang dicari," tulis pernyataan itu. Pernyataan itu juga menyebutkan kembar patung tersebut diharap akan segera ditemui.

Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara tahun 1390 hingga 1352 SM, merupakan ayah kepada Akhenaten, sang "firaun sesat" yang dianggap sebagai pendorong ajaran monoteisme kerana dia memperlakukan peraturan untuk penyembahan tunggal terhadap Dewa Aten.


[Antara News, Telegraph.co.uk]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.