Sabtu, 2 April 2011

Mr Elastic mahu cipta rekod dengan kaki mudah lenturnya

Moses Lanham ataupun lebih dikenali sebagai 'Mr Elastic' dan juga 'backwards feet man' boleh memusingkan kaki nya 120 darjah di belakang, yang mana dia akan cuba untuk mencipta rekod dalam Guinness Book of Records tidak lama lagi.

Dan bukan itu saja, dia juga akan cuba mencipta rekod orang yang paling pantas berjalan sejauh 20 meter dengan kaki terpusing ke belakang. Kedua-dua rekod tersebut masih belum dicipta oleh sesiapa.

Bercakap kepada AOL News, Mr Lanham berkata: "Saya tahu saya boleh meletakkan jari kaki saya bersama-sama di belakang, tapi untuk rekod ini, saya akan melakukan 120 darjah penuh."

Mr Lanham mula perasan dengan keanehan dirinya pada usia 14 tahun selepas kemalangan dalam kelas gimnasium di sekolah tinggi.

Ketika memanjat tali, dia terlucut pegangan dan jatuh hampir 18 kaki sebelum mendarat dengan kakinya dalam posisi yang sangat kekok.

"Mereka fikir ada sesuatu yang patah," kata Mr Lanham. "Tapi saya berdiri dan baik-baik saja."





Sumber - DailyMail , 25 Mac 2011

Laman web Mr Elastic di http://backwardsfeet.com



~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.