Ahad, 24 April 2011

Kereta dan motosikal - 2 dalam 1

Salah satu yang menarik dalam pameran Auto Shanghai 2011 / Shanghai Motor Show 2011 baru-baru ini ialah rekaan yang bukan datangnya dari Jepun, Jerman, Amerika Syarikat dan Korea , tetapi hasil 2 tahun bertungkus lumus oleh jurutera-jurutera Geely dari China.



Kereta yang diberi nama Geely McCar itu sangat padat, dengan 2 pintu, empat kerusi dan yang paling canggih dimuatkan motosikal skuter elektrik 3 roda yang boleh-lipat di bahagian belakangnya.

Ketika skuter didok, kereta itu berkongsi kedua bateri dan motor elektrik untuk memperluaskan liputan semua-kuasa atau memastikan skuter sudah dicas penuh. Kenderaan ini dicadangkan sebagai mempunyai pilihan hibrid elektrik-gas atau 'powerplants' elektrik penuh.

Versi bateri 12kWh mempunyai jangkauan 93 batu, top speed 52mph dan memakan masa enam jam untuk mengecas semula. Setara angka untuk 8kWh plug-in hibrid 31 batu kuasa dan 373 batu pada gas dan bateri, dengan kelajuan puncak 80mph dan masa mengecas ulang selama dua jam.

Skuter kecil, yang terletak di belakang McCar, boleh mencapai 18mph dan mempunyai jangkauan 18 batu, selepas itu memerlukan masa cas dua jam.

Kereta ini masih lagi dalam projek kajian, dan menurut kata syarikat Geely, pengeluaran kereta elektrik dan hibrid ini secara besar-besaran akan dilakukan akhir tahun depan.





[Gizmag]

6 ulasan:

  1. Hmmm.. comel. tapi scooter tu cam tak tahan jer. cam menan2 pulak. agaknya bukan jenis heavy duty. ~S

    BalasPadam
  2. Belum cuba belum tahu! hehe. Lagi pun mungkin kerana itulah mereka masih dalam proses try and error lagi sekarang. Dah siap nanti , kita beli la test sendiri :D

    BalasPadam
  3. Kereta ni molek jugok utk fotografer2 yg biasa meredah belukar atau tempat2 yg remote. Sampai pada kawasan yg sukar utk laluan kereta, maka boleh guna motosikal tu plak utk meredah.

    Dan rasanya, motosikal tu juga sesuai utk dibuat bersiar2 pada petang hari je tu, keliling tasik, keliling kolam, keliling pinggang :-?

    BalasPadam
  4. hahahah.. keliling pinggang? sy rasa keliling golf range pun elok sangat2 tu. santai2. tk yah nak pecut laju2.. polis pun tk pening kepala.

    BalasPadam
  5. hehe Polis nak kejor tak sampai hati tu, kesiaan diorg cakap. Tapi x tau la nanti kalau motor tu dapat pada kaki2 rempit nun , agak2 boleh Wheely ke tak tu yer? :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.