Isnin, 11 April 2011

Jenama terkenal makanan bayi mengandungi arsenik dan toksik yang lain

Sejumlah kecil arsenik dan toksik lain yang ditemui di dalam tanah semakin masuk ke dalam bahan yang digunakan dalam makanan bayi terlaris.

Pengeluar makanan bayi berkeras dengan mengatakan bahawa tahapnya sangat rendah dan tidak menimbulkan risiko kesihatan.

Namun saintis dan penggiat makanan berusaha untuk menghilangkan bahan kimia dari produk yang dihasilkan besar-besaran yang dimakan oleh berjuta-juta anak kecil itu.

Jenama terkemuka seperti Organix, Hipp, Nestle dan Holle diuji oleh para penyelidik Sweden.

Menulis dalam Journal of Food Chemistry, para saintis dari Unit Logam dan Kesihatan di Karolinska Institute di Stockholm berkata: "Membimbangkan, makanan ini juga mungkin juga mengandungi sejumlah tinggi unsur-unsur beracun seperti arsenik, plumbum kadmium, dan uranium, terutama dari bahan mentah mereka.

Dr Karin Ljung, yang mengetuai penyelidik-penyelidik Sweden itu, menegaskan tidak ada bahan kimia yang ditemui berada di atas paras selamat yang ada. Namun, dia mengatakan ada keperluan untuk meninjau tahap ini untuk memastikan anak-anak membesar dengan terpelihara.


Sumber - Dailymail.co.uk


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.