Sabtu, 23 April 2011

7 cara untuk melindungi kesihatan mulut anak kecil anda

Foto kredit: kids-health-guide.com

Kanak-kanak kecil mempunyai 16 batang gigi. Walaupun usianya masih muda, empat dari gigi sangat mudah mereput dan mereka memerlukan penjagaan yang rapi.

Ibubapa kepada kanak-kanak ini tidak menyedari betapa penting gigi anak-anak mereka, kata Beverly Largent, DMD, doktor gigi Paducah, Kentucky, yang merawat kanak-kanak. Largent mengatakan dia memberitahu kepada para ibubapa bahawa penting untuk merawat gigi anak-anak. "Anda perlu berus dari gigi pertama," katanya.

Walaupun perkara ini mungkin terdengar mengejutkan, ianya bukan pelik, kata Largent, bekas presiden American Academy of Pediatric Dentistry. Bahkan, kerosakan gigi - walaupun sebahagian besar dicegah dengan rawatan yang baik - adalah salah satu penyakit kronik yang paling umum anak usia 6 hingga 11 tahun dan usia remaja 12 hingga 19.

Kerosakan gigi adalah lima kali lebih biasa berlaku daripada asma dan tujuh kali lebih biasa daripada demam pada kanak-kanak, menurut American Academy of Pediatrics. Pada usia tadika, lebih dari 40% kanak-kanak mengalami kerosakan gigi.


7 langkah yang perlu diambil;


1 - Mulai penjagaan oral (mulut) awal

Anak anda mesti berjumpa doktor gigi pada ketika dia berusia satu tahun, menurut American Academy of Pediatrics dan American Academy of Pediatric Dentistry.

Mendapatkan rawatan pencegahan awal menjimatkan wang dalam jangka panjang, menurut laporan yang diterbitkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit). Laporan ini mendapati bahawa bayaran untuk rawatan gigi hampir 40% lebih rendah semasa tempoh lima tahun untuk anak-anak yang mendapat rawatan gigi pada usia satu tahun berbanding dengan mereka yang tidak pergi ke doktor gigi sehingga kemudian nanti pula.


2 - Ajarkan kebiasaan memberus dan memfloss

Lawatan pergigian hanya sebahagian daripada rancangan tersebut, tentu saja. Memberus gigi juga penting dari awal. "Ramai orang fikir bahawa mereka tidak perlu memberus gigi bayi," kata Largent. Jika bayi anda baru mempunyai sebatang gigi sekalipun, masanya untuk mula memberus gigi, katanya. "Jika ada hanya satu gigi, anda boleh menggunakan kain kasa."

Bahkan sebelum bayi anda mempunyai gigi, anda boleh memberus gusi dengan lembut, menggunakan air pada berus gigi bayi lembut, atau bersihkan dengan tuala lembut.

Setelah ada gigi tambahan, Largent memberitahu ibubapa untuk membeli berus gigi bayi yang sangat lembut. Memberus harus dilakukan dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida*.

Flossing harus bermula ketika dua gigi saling bersentuhan. Mintalah doktor gigi anda untuk menunjukkan teknik flossing yang tepat dan berjadual, kata Largent.

Juga minta saranan doktor gigi anda bila untuk mula menggunakan ubat kumur. "Saya menyarankan ibubapa untuk menunggu sehingga anak pasti boleh meludah ubat kumur keluar," kata Mary Hayes, DDS, doktor pergigian kanak-kanak di Chicago dan penasihat pelanggan untuk American Dental Association. "Mouthwash adalah bilasan dan bukan minuman."

Jadi berapa lama sampai anak itu dapat bertanggung jawab untuk memberus gigi sendiri?" Ibubapa perlu membersihkan gigi mereka hingga anak-anak mampu mengikat tali kasut mereka atau menulis huruf bersambung," kata Largent lagi.


3 - Elakkan anak-anak tidur dengan botol minuman manis

Selama bertahun-tahun, doktor kanak-kanak dan doktor pergigian telah memberi amaran kepada ibubapa agar tidak meletakkan seorang bayi atau anak yang lebih tua tidur siang dengan sebotol jus, formula, atau susu.

Walaupun demikian, kata Largent, ramai ibu bapa tidak menyedari hal ini dapat mendatangkan malapetaka kepada kesihatan pergigian dan mulut anak mereka.

Cecair manis dalam botol melekat pada gigi bayi, menyediakan makanan bagi bakteria yang hidup di mulut. Bakteria menghasilkan asid yang boleh mencetuskan kerosakan gigi. Jika dibiarkan, penyakit pergigian boleh menjejaskan pertumbuhan anak dan pembelajaran, dan bahkan boleh mempengaruhi percakapan.


4 - Kawal tabiat minum dengan 'Cawan hisap'

Foto kredit: ehow.co.uk

Botol dibawa ke tempat tidur bukan itu sahaja masalah dalam bab minuman, kata Hayes. Yang lain? "Jus yang diberikan ketika siang hari sebagai pengganti air dan susu," kata Hayes.

Seringkali, jus itu berada dalam Cawan hisap. Ini bermakna seperti peralihan cawan ketika seorang anak sedang disusui dari botol dan belajar untuk menggunakan cawan biasa.

Ibubapa biasanya keliru berfikir bahawa jus merupakan pilihan sepanjang hari untuk minuman sihat, kata Hayes dan Largent. 

Largent mengatakan dia sering melihat anak-anak berjalan dalam sehari dan minum minuman manis yang lain dari Cawan hisap, dan itu merbahaya bagi kesihatan gigi. "Penggunaan jangka panjang dari sebuah cawan hisap boleh menyebabkan pereputan di bahagian belakang gigi depan," jika minuman itu manis, katanya.


5 - Hentikan menghisap puting pada usia 2 atau 3 tahun

'Puting penenang' yang digunakan dalam tahun pertama kehidupan sebenarnya boleh membantu mengelakkan sindrom kematian bayi mengejut, menurut American Academy of Pediatrics. Mereka menyarankan menggunakan puting ketika meletakkan bayi untuk tidur tapi tidak untuk memasukkan semula ketika bayi tidur.

Penggunaan jangka panjang boleh membahayakan kesihatan pergigian. Menghisap terlalu kuat pada puting itu, misalnya, dapat mempengaruhi bagaimana susunan gigi atas dan bawah (boleh menyebabkan jongang juga) atau boleh mempengaruhi bentuk mulut.

Largent memberitahu ibubapa tentang pesakit muda mereka; "Puting adalah untuk bayi, bukan untuk kanak-kanak berjalan-jalan dengan mereka di mulut mereka." Dia menghalang penggunaan jangka panjang menghisap puting.

Largent mengatakan dia lebih suka yang menghisap puting dihentikan pada usia 2 tahun. American Academy of Pediatrics menyarankan agar mendapatkan penilaian profesional jika kebiasaan menghisap puting melebihi umur 3 tahun.


6 - Waspada dengan ubat yang tidak sesuai dengan mulut

Banyak ubat yang diambil oleh kanak-kanak adalah berperisa dan manis, kata Hayes. Jika ianya menempel pada gigi, risiko kerosakan gigi akan naik.

Anak-anak yang biasa mengambil ubat kerana keadaan kronik seperti masalah asma dan jantung seringkali mempunyai aras yang lebih tinggi, dia menemui.


7 - Bertegas menjaga kebersihan mulut

Ibubapa sering memberitahu Hayes bahawa anak-anak mereka sering membuat hal ketika tiba masanya untuk memberus dan floss, sehingga ibubapa mengalah dan tidak mengikuti rawatan mulut di rumah sebagaimana mestinya.

Hayes sangat menyarankan ibubapa ini untuk membiarkan anak-anak mereka tahu bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain memberus gigi dan 'flossing'.



[WebMD]


* Ubat gigi berfluorida tidak berapa bagus untuk digunakan, memandangkan ada kajian yang menunjukkan ianya boleh membawa mudarat juga pada kesihatan seperti merendahkan IQ, menyebabkan kanser, mengganggu sistem imunisasi badan dan sebagainya. Adalah direkomenkan anda menggunakan ubat gigi herba atau yang tidak berfluorida.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.