Selasa, 15 Mac 2011

Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Gambar pantai Bukit Keluang, bahagian depan tepi bukit berbatu

Pantai Bukit Keluang terletak di kampung Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Jaraknya dari Kuala Besut kira-kira 3km dan jaraknya dari pusat bandaraya Kuala Terengganu kira-kira 140km, iaitu ke bahagian utara Terengganu dekat dengan Kelantan. 

Banyak bebatu kecil dan besar di pantai ini, dan ada yang membentuk seperti gua di pinggir bukitnya. Bukitnya juga boleh didaki, tetapi dinasihatkan agar mendapat bimbingan dari mereka-mereka yang berpengalaman di situ. Pantai ini memang sangat popular dan pelbagai aktiviti rekreasi dilakukan di sini seperti main luncur air, jet ski, mandi-manda dan sebagainya. Memang ramai orang bertumpu ke sini untuk berkelah dan berekreasi terutamanya pada hari minggu.


Beberapa buah pulau dapat dilihat dari pantai ini dan yang paling jelas dan besar kelihatan ialah Pulau Rhu Hentian. 

Foto antara batu-batu besar yang membentuk seperti gua


Gambar jambatan kayu yang dah mula reput dan rosak di pantai Bukit Keluang - black and white

Tempat penginapan banyak disediakan di sekitar sini seperti chalet, hotel dan resort.  Antara kemudahan-kemudahan asas di sini ialah tandas awam, tempat rehat, gerai makan minum dan restoran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.