Sabtu, 12 Mac 2011

Kereta elektrik berupa kasut gergasi


Sebuah kilang kasut di China telah mengeluarkan sebuah kereta kuasa letrik dari kasut raksasa. Ia dapat membawa dua orang hingga 250 batu dengan kelajuan sehingga 20mph pada satu kali caj bateri yang terletak di bawah kerusi pemandu.

Kulit dibuat dengan cara yang sama seperti kasut normal tetapi pada skala yang lebih besar, dengan menggunakan kulit dari lima ekor lembu. Jurucakap syarikat Kang Shoe mengatakan bahawa waktu enam bulan diambil untuk merancang dan membina kereta dengan kos sekitar £ 4,000.

Syarikat itu telah mendemonstrasikan kenderaan aneh tersebut di luar pejabat pusatnya di Wenzhou di Wilayah Zhejiang, China timur.

Presiden syarikat iaitu Wang Zhengtao mengatakan ianya direka sebagai alat promosi dan dia merancang untuk membuat 40 buah untuk diletakkan di kedai-kedai di seluruh negara itu.


Sumber - Orange.com


~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.