Selasa, 29 Mac 2011

Kambing biri-biri melahirkan anjing di sebuah ladang di China

Seekor biri-biri telah melahirkan seekor anjing di sebuah ladang di China, dakwa pemiliknya Naiying Liu, yang telah dikunjungi berduyun-duyun manusia untuk melihat 'biri-biri anjing'.

"Saya menggembalai biri-biri itu, dan melihat seekor biri-biri menjilat bayinya di padang rumput tersebut. Anak biri-biri itu masih basah," katanya.

"Ketika saya pergi dekat untuk melihatnya saya terkejut kerana ia kelihatan begitu aneh, seperti antara biri-biri dan anjing.

"Saya sedikit takut, kerana saya sudah menggembala biri-biri selama 20 tahun dan belum pernah melihat makhluk seperti itu."

Walaupun bulunya seperti biri-biri, tetapi mulut, hidung, mata, kuku dan ekor haiwan itu jelas seperti anjing. Liu mengatakan bahawa haiwan itu bahkan bermain seperti anak anjing.




Sumber - Metro.co.uk



~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.