Isnin, 28 Mac 2011

James Gosling, pengasas Java menyertai Google

Google sudah berjaya mendapatkan programmer pengasas Java dari Sun Microsystems pula iaitu James Gosling untuk menyertainya. Semakin kukuh dan kuat lah Google di persada internet dan software nampaknya. Dan kemungkinan besar akan semakin menjadi pemimpin internet kuku besi lah nanti.

Gosling mengumumkan tentang kerja baru di Google hari ini di blognya. "Saya tidak tahu apa yang akan saya kerja dan harapkan. Saya harap ianya akan menjadi sedikit dari semuanya ......." katanya.

Memang agak pelik, ditawarkan kerja di Google tetapi masih tidak pasti apa yang akan dilakukannya di situ.  Cuma yang nampaknya, kemungkinan dia akan ditugaskan untuk memajukan Google Android iaitu Sistem Pengoperasian bagi telefon mudah alih.

Google memang terkenal sebagai syarikat pengiklan yang dengan mudah menyingkirkan blogger-blogger atau pun pembuat-pembuat laman web yang menjadi publisher kepada mereka. Ada satu kes di mana seorang publisher di ban / singkirkan tanpa diberi amaran terlebih dahulu. Dan duit yang publisher itu sepatutnya sudah dapat di dalam akaunnya, ditarik balik oleh Google tanpa belas kasihan.


Via  : CNet News



~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.