Rabu, 30 Mac 2011

Ahli Biologi Russia membiakkan kucing bertelinga lima

Vladimir Obryvkov, seorang ahli Biologi dari Voronezh menemui kucing dengan lima telinga di jalanan dan membawanya pulang untuk mengkaji dan mungkin mengembang biakkannya.

"Kucing itu mempunyai dua telinga yang normal, dua telinga tambahan yang terbalik 180 darjah dan ada telinga kelima yang kecil," kata Obryvkov dari Voronezh State University of Agriculture (Universiti Pertanian Negeri Voronezh).

Saintis itu, yang telah mempelajari anomali haiwan selama bertahun-tahun, melakukan ujian X-ray ke atas telinga kucing luarbiasa itu kemudian memutuskan untuk membawanya pulang untuk anak-anaknya.

Obryvkov mengatakan bahawa kucing yang bernama Luntya itu juga mempunyai cakar besar tetapi tingkah lakunya tidak berbeza daripada kucing biasa.

Dia juga mengatakan bahawa dia ingin membiakkan haiwan kesayangan barunya itu dengan kucing bertelinga empat yang tinggal di Vladivostok untuk membuat jenis baru haiwan ini.

Obryvkov sebelum ini telah mengkaji seekor anak lembu dengan dua kepala, ekor dan hati, seekor anak biri-biri bermata satu, ayam dengan empat kaki, babi siam, dan kuda dengan dua hidung dan tiga mata.




Sumber - RIA Novosti

* Update : 3 April 2011

Luntya telah masuk senarai Guinness World Record dengan kategori Most ears on a cat (Kucing paling banyak telinga).  Saksikan juga video di bawah.



~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.