Rabu, 16 Februari 2011

Bagaimana untuk tukar fail PDF kepada Microsoft Word secara online?

Ada banyak cara dan software untuk menukar fail PDF kepada fail Microsoft Word. Tetapi kali ini saya hanya akan memberitahu cara untuk menukarnya secara online. Ini bagi sesiapa yang malas install , tak reti install atau tidak mahu hard disknya semakin dibebankan dengan tambahan software.

Ada beberapa laman web yang menyediakan servis menukar fail PDF kepada Word secara percuma.  Cara-caranya pun mudah saja, hanya ikut langkah / step yang mereka sudah tunjuk itu. Antaranya;


1 - PDF to Word Online Converter (Tidak perlu bagi email anda)


2 - PDF to WORD (Anda perlu berikan alamat email anda untuk dihantar fail tersebut)



3 - Zamzar (Anda perlu berikan alamat email anda untuk dihantar fail tersebut)



Maka jika anda tidak mahu memberikan alamat email anda, dan mendapat risiko kena spam pada email anda, maka pilihan yang terbaik rasanya PDF to Word Online Converter lah kan? Selamat belaka :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.