Selasa, 12 Oktober 2010

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

Sunset di Tasik Kenyir
Sunset di Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, terletak di hulu sungai Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu.  Tasik ini seluas 2,600km persegi dibina untuk menjana kuasa elektrik, mempunyai 340 pulau kecil di dalamnya.

Foto-foto yang saya shoot ini hanya di bahagian Pengkalan Gawi yang boleh dikunjungi dengan kenderaan darat tanpa perlu menaiki bot. 

Night shot  di Tasik Kenyir

Pada waktu malam, kawasan di tasik ini agak gelap , amat sesuai untuk menembak 'Star trails' dengan melakukan Long exposure shot. 

Batu tunggal dan awan tunggal di Tasik Kenyir


Peace at Tasik Kenyir picture
Reflection di Tasik Kenyir

Air yang biasanya tenang seperti gambar di atas boleh didapati di tepi jalan masuk ke Pengkalan Gawi. Sewaktu angin tidak bertiup kuat, suasana air akan menjadi amat tenang dan mewujudkan refleksi yang seakan cermin.

Nice place for fishing picture
Tempat yang bagus untuk memancing dan menenangkan diri


Gelap nak hujan di Tasik Kenyir

Di persekitaran Tasik Kenyir ini juga terdapat banyak spesis serangga yang boleh diburu oleh peminat-peminat foto macro.

Ulat gonggok yang handsome

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.