Isnin, 11 Oktober 2010

Air terjun Sungai Buweh, Kenyir, Hulu Terengganu

air terjun Sungai Buweh pada waktu petang
Gambar air terjun Sungai Buweh pada waktu petang

Terletak kira-kira 5km dari simpang masuk ke Pengkalan Gawi, di tasik Kenyir. Ia adalah air terjun di kawasan tasik Kenyir yang tidak perlu menaiki bot untuk sampai ke sini. Boleh menaiki motosikal dan kereta untuk sampai ke bahagian depannya. Kemudian perlu menaiki banyak anak tangga untuk sampai ke tempat air terjun utamanya ini.

Air terjun ini tidak strategik untuk dijadikan tempat mandi-manda kerana ruang untuk mandi terlalu sempit. Ia hanya sesuai sebagai lokasi untuk menenangkan diri di samping menghayati keindahan air terjun dan bunyi alam sekitar yang mendamaikan.

air terjun Sungai Buweh pondok mistik
Gambar laluan mistik


air terjun Sungai Buweh pada waktu pagi
Gambar air terjun Sungai Buweh pada waktu pagi 

Dan ianya juga adalah lokasi yang amat sesuai bagi fotografer-fotografer yang mendambakan gambar air terjun.  Lebih-lebih lagi suasana tiada orang memudahkan lagi untuk merakam foto tanpa gangguan. 

Air terjun ini agak terpencil dan sudah kurang dikunjungi orang sekarang ini.  Antara keunikan air terjun Sungai Buweh ini ialah air terjunnya mengalir dari atas bukit dan terus hilang ke bahagian bawahnya. Mungkin ianya lalu ikut bawah tanah dan terus menyusup ke tasik Kenyir.


Amazing Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Waterfalls, Long exposure, Slow shutter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.