Isnin, 8 Februari 2010

Jackie Chan jual ikan di Singapore


Penjual ikan Zhang Sui Xing, 48, adalah mirip sekali dengan bintang filem aksi Hong Kong yang terkenal dan telah mengelirukan ramai orang yang bertemu dengannya di pasar di Empress Road.

Zhang, yang telah menjalankan perniagaan ikannya di sana selama lebih dari 20 tahun, telah menjadi ikon popular di pasar basah tersebut, menarik ramai suri rumah tangga - beberapa bahkan memanggilnya "Aunty killer".

"Perniagaan saya sangat baik. Ramai pelanggan akan memanggil saya 'Chen Long' (nama cina Jackie).

"Mereka juga memperkenalkan ramai teman untuk membeli ikan," katanya kepada Shin Min Daily.

Zhang mengatakan dia belum pernah bertemu Jackie Chan secara peribadi, tetapi telah menonton semua filemnya.

"Ramai orang bilang saya kelihatan seperti Jackie Chan sejak saya berada pada usia 20-an lagi," katanya, sambil menambah bahawa dia juga memain peranan sebagai 'Jackie Chan' dalam filem 'I Not Stupid'.

Dia mengatakan ramai orang telah meminta tanda tangan darinya. "Ketika saya mengatakan kepada mereka saya bukan Jackie Chan, mereka akan bertanya apakah saya saudaranya," katanya.



Via - Asia One




~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

1 ulasan:

  1. This is really a well laid out website. I like how you have presented the information in full detail. Keep up the great work and please stop by at my site watch spy next door sometime. Keep it up..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.