Khamis, 11 Februari 2010

Ikan alien ditemui di tasik gua di China

Penduduk desa di China telah menangkap beberapa ikan alien dari sebuah tasik di gua gunung 1,000 m di bawah tanah.

Pakar-pakar tidak mampu mengenalpasti ikan yang ditangkap dalam gua itu, dekat desa Daluo, daerah Bama di selatan wilayah Guangxi China.

Ketua desa, Li Zuneng, berkata penduduk tempatan dahulu mendengar ahli tertua desa berbicara tentang ikan itu.

Namun, kerana tidak ada generasi muda yang pernah melihat mereka sebelumnya, katanya, ramai orang menganggap ia sebuah cerita "dongeng".

Mereka terbukti salah ketika sejumlah ikan tersebut ditangkap jauh di dalam gua, yang dikenali sebagai Fu Yuan Dong, yang bermaksud 'Gua Kekayaan'.

Spesimen dihantar ke institut aquatik daerah Bama di wilayah Guangxi untuk diperiksa, namun tak satu pun dari para ahli di sana tahu apa spesis mereka.



Via - Orange News




~ Blog berita aneh, pelik, misteri, unik ~

3 ulasan:

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.