Berita Terkini

Tanggungjawab saintis bantu golongan miskin


Saya amat tertarik dengan temuramah dengan seorang saintis Malaysia ini yang dilaporkan dalam estidotmy, Utusan Malaysia Rabu 30 Disember lalu. Saintis yang bernama Prof Dr Jafri Malin Dato' Abdullah itu nampaknya begitu prihatin dengan nasib golongan miskin dan tidak berkemampuan.

Saintis sebegini lah yang patut dijadikan contoh / role model oleh umat Islam dan sesiapa sahaja. Bukannya saintis yang semata-mata memburu nama dan anugerah, serta merekacipta sesuatu yang lebih kepada hiburan, bermewah-mewah dan bermegah semata.

Para rasul / Utusan dari Allah dulu bukan sahaja mahir dalam ilmu akhirat, tetapi juga mahir dalam bidang ilmu dunia masing-masing. Islam tidak boleh berpisah dengan cabang ilmu lain kerana Islam itu Syumul / lengkap dan Ad Diin / cara hidup.

Maka seorang muslim itu semestinya mahir dalam bidang agama dan satu bidang lain sebagai pilihan, bukan dengan hanya menyerah kepandaian agama kepada seorang ustaz atau ulamak semata. Itu baru 'balance' namanya, iaitu gabungan Ilmu Fardhu Ain dengan Ilmu Fardhu Kifayah. Maka insyaAllah nanti tidak akan wujud salah faham antara golongan agama dengan golongan intelektual dan golongan intelektual yang tidak faham agama.

Ikuti temuramah oleh wartawan Laupa Junus dengan Dr Jafri Malin yang dikutip walaupun tidak sepenuhnya dari berita itu  di bawah.


Apakah jawatan Prof sekarang?

Dr Jafri Malin : Saya merupakan professor di Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan dan Hospital Universiti Sains Malaysia, USM Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.


Apakah kepakaran doktor?

Dr Jafri Malin : Saya merupakan doktor perubatan pakar bedah otak dan saraf. Saya juga seorang saintis di dalam bidang sains saraf atau neuro dan memiliki ijazah doktor falsafah dari Universiti Ghent, Belgium.


Mengapa bidang sains neuro semakin penting?

Dr Jafri Malin : Otak dan minda merupakan sumber kepada segala tingkah laku manusia dan bertanggung jawab untuk menjalankan proses berinteraksi dalam masyarakat majmuk Malaysia kita. Masyarakat menikmati apa juga di sekeliling mereka kerana adanya otak dan minda yang berbeza daripada satu orang ke orang yang lain.


Berapa ramai kepakaran kita dalam bidang neurosains ini?

Dr Jafri Malin : Setakat ini daripada 26 juta penduduk Malaysia, antara 15 hingga 20 orang sahaja yang betul-betul mempunyai latar belakang di peringkat sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah (PhD) dalam bidang neurosains.

Sebenarnya kita memerlukan antara 80 hingga 120 saintis untuk 100,000 tenaga kerja dan daripada 80 hingga 120 orang itu, seramai 10 hingga 20 orang sepatutnya pakar neurosains. Oleh itu matlamat tersebut mesti dicapai oleh Malaysia.


Apakah ini satu bidang yang susah?

Dr Jafri Malin : Masyarakat harus sedar bahawa sains bukan perkara susah. Semua orang menikmati hidup kerana sains kerana hasil sains untuk mengeluarkan pakaian yang bermutu, makanan yang enak dan bersih daripada kuman, komputer kita direka daripada hasil sains, ubat-ubat di hospital juga hasil darinya.

Sains bukan anti agama. Dalam Islam, sains adalah agama ini dan ini menyokong betapa kerdilnya kita.

Masyarakat perlu memahami asal-usul bagaimana mereka diciptakan dan sains boleh menerangkan mengenainya. Sains adalah penting untuk kehidupan lestari.


Bagaimana manusia boleh memahami perkara ini?

Dr Jafri Malin : Ada tiga perkara yang saling berinteraksi dan mempunyai perkaitan iaitu sains, agama dan masyarakat. Masyarakat menerima sains kerana bidang ini memenuhi keperluan dan kemahuan hidup mereka.

Namun perlu difahami, daripada segi hierarki, agama terletak di tempat teratas. Tempat kedua Sains, dan ketiga ialah seni. Jarak perbezaan sains dengan seni juga tidak jauh, bukan beribu batu, keduanya mempunyai pertalian selari otak atau minda. Tanpa sains maknanya seni dan tanpa seni maknanya sains.


Mengapa sains penting kepada masyarakat?

Dr Jafri Malin : Sains lah yang melahirkan idealisme hidup, inovasi dan produk untuk dinikmati masyarakat sejagat. Sebab itu sains memenuhi keperluan mereka.

Masyarakat memerlukan agama sebagai panduan hidup dan agama tidak bercanggah dengan sains. Malah sains boleh menerangkan asal usul kehidupan manusia di dunia ini dan tanggungjawab kita kepada alam ini.


Bagaimana kita memajukan bidang sains?

Dr Jafri Malin : Sepatutnya bidang sains kita tidak dipusatkan. Setakat ini, kita banyak tertumpu ke ibu negara sedangkan kemudahan atau aktiviti sains perlu disebarluaskan ke seluruh negara.

Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Jerman dan Korea Selatan tidak memusatkan aktiviti dan kemudahan sains mereka supaya ia tidak tertumpu di satu-satu tempat sahaja. Setiap bandar besar dalam negeri mereka mempunyaipusat atau institut penyelidikan sains yang disokong oleh pihak kerajaan negeri dengan sokongan kerajaan pusat.


Apakah pengalaman yang paling diingati semasa bergelar saintis ini?

Dr Jafri Malin : Pada satu ketika di Kelantan (Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan), saya dapati alat perubatan yang digunakan untuk pembedahan neuro amat mahal sekali kerana datangnya dari negara maju.

Saya didatangi oleh seorang bapa yang mendukung anaknya yang sakit lumpuh untuk dirawat sambil menangis teresak-esak. Bapa tersebut merupakan pesawah yang tidak mampu membayar peralatan katerer otak (tiub) iaitu sebuah alat yang dibuat daripada silikon bermutu tinggi bernilai RM2,500. Saya menangis bersamanya dan terharu kenapa kita terlampau bergantung kepada negara maju yang menjana peralatan perubatan yang mahal, kenapa negara ketiga atau sedang membangun tidak dapat membuatnya?

Apa yang saya lakukan pada masa itu 12 tahun lepas adalah menghubungi seorang rakan saya di luar negara untuk merekabentuk katerer otak (tiub) yang lebih murah, hasil lakaran saya.

Pada akhirnya, rakan saya yang berada di India berjaya menghasilkan peralatan katerer otak bernilai RM50 sahaja.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh saintis untuk membantu golongan miskin. Ada lebih 6 billion manusia di muka bumi dan 4.2 billion dibelenggu dengan kemiskinan. Patut ada hero atau heroin atau superman saintis untuk membantu mereka!

Beberapa tahun selepas insiden itu selepas saya melalui Utusan Malaysia menceritakan mengenai kebuntuan saya merawat kanser otak di kalangan pesakit saya yang kebanyakannya miskin. Saya terkejut kerana pada masa itu Presiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah membaca satu ruang kecil di muka surat belakang Utusan dan telah terus datang ke USM Kampus Kelantan untuk mencari saya dan saya telah menerima dana penyelidikan daripada MAKNA sehingga ke hari ini untuk menjalankan penyelidikan mengenai virus Newcastle (NDV) iaitu virus penyebab sampar ayam.

Saya dapati virus ini boleh digunakan untuk membunuh sel kanser otak yang dikulturkan dan kanser otak di dalam model haiwan tertentu dan berkemungkinann juga kanser otak tertentu manusia. Inilah antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.