Ahad, 10 Januari 2010

Robot pasangan seks pertama di dunia

Saintis-saintis di syarikat TrueCompanion sudah tidak siuman agaknya. Produk terbaru mereka ialah robot yang bentuk tubuhnya seperti wanita yang bersedia untuk melayan kehendak seks kaum lelaki. Ianya dilengkapi dengan teknologi 'artificial intelligence' / kecerdasan buatan dan kulit sintetik yang seakan daging.

Robot seks ini telah diperkenalkan di AVN Adult Entertainment Expo di Las Vegas Sabtu lalu.

"Dia tidak dapat (membersih menggunakan mesin) vakum, dia tidak dapat memasak tetapi dia boleh melakukan hampir apa pun jika anda tahu apa yang saya maksudkan," kata Douglas Hines dari TrueCompanion.

"Dia seorang teman. Dia punya keperibadian. Dia mendengar anda. Dia menurut kata anda. Dia bercakap. Dia merasa sentuhan anda. Dia akan   tidur. Kami cuba untuk meniru keperibadian seseorang."

Roxxxy mempunyai ketinggian lima kaki tujuh inci, berat 120 pound, "memiliki 'C cup' penuh dan bersedia untuk beraksi", menurut Mr Hines, yang merupakan jurutera kecerdasan buatan di Bell Labs sebelum memulakan TrueCompanion.

Robot ini mempunyai kerangka yang diartikulasikan yang boleh bergerak seperti manusia tetapi tidak dapat berjalan atau menggerakkan anggota badan secara bebas.

Gerakan robot dibina ke dalam "tiga input" dan jantung mekanikal yang memberi kuasa kepada sistem pendingin cecair.

Roxxxy datang dalam lima keperibadian. Wild Wendy yang sangat peramah dan berani, manakala Frigid Farrah yang pendiam dan pemalu.

Bakal pasangan Roxxxy nanti boleh melaraskan ciri-cirinya, termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payudara. Sebuah robot seks lelaki bernama Rocky sedang dalam pembinaan.

Versi-versi Roxxxy berharga dari $ US7, 000 ke $ US9, 000, bergantung kepada ciri-cirinya. Robot seks ini sudah dijual di Eropah dan Amerika Syarikat dan akan dipasarkan secara global kemudian nanti.


Ulasan

Walaupun produk sebegini sangat canggih dan berteknologi tinggi, tetapi ia sebenarnya dapat menjadikan manusia hilang sifat-sifat kemanusiaan itu sendiri. Mungkin kata mereka ia dapat mengelakkan dari manusia mencari pelacur-pelacur dan seumpamanya, tetapi usaha sebegini sebenarnya seperti menggalakkan seks bebas juga.

Masalah nafsu tidak dapat diselesaikan dengan nafsu, melainkan dengan keimanan dan jalan yang betul. Perkahwinan yang sah adalah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah seks dan satu ibadah yang akan mendapat pahala di dalam Islam. Dan perkahwinan itu adalah di antara manusia lelaki dengan manusia wanita, bukannya dengan robot.

Naluri kemanusiaan adalah untuk manusia, bukannya robot. Melainkan manusia itu sendiri sudah tidak mahu dipanggil manusia tetapi mahu dipanggil robot.


"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu." Surah An Nisaa' : Ayat 1

Dalam Sunan Abu Daud dari hadith Abu Dzar r.a., dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Amal yang paling utama ialah mencintai kerana Allah s.w.t. dan membenci kerana Allah s.w.t.”

Imam Ahmad berkata: “Kami diberitahu oleh Isma’il bin Yunus, dari Al-Hassan r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi Allah, Allah s.w.t. tidak akan mengazab kekasih-Nya, tetapi Dia telah mengujinya di dunia.”

4 ulasan:

  1. Memang confirm dah tak siuman dah nii... ish ish ish...

    BalasPadam
  2. Memang kes parah dah tu, silap2 haribulan nanti robot tu pulak mengandung , camno tuu .......

    BalasPadam
  3. Hehehe... gitu pulok iyyyerrr..
    Dunia Dunia.. ada ada saje...

    BalasPadam
  4. Memang kes parah dah tu, silap2 haribulan nanti robot tu pulak mengandung , camno tuu .......

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.