Ahad, 10 Januari 2010

Lelaki India yang sudah mati bangkit kembali ketika autopsi

Seorang lelaki India yang telah diumumkan meninggal dunia telah mengejutkan kakitangan hospital apabila bangun ketika autopsi dijalankan ke atasnya.

Para doktor melakukan bedah mayat ke atas Manas Deo pada hari Isnin selepas dia dilanggar kereta, laporan akhbar Orissa Sambad.

Deo telah mengalami luka parah pada hari Krismas lalu dirempuh oleh sebuah kenderaan berhampiran perkampungan Baragadia, Jajpur di pantai timur India.

Polis telah menghantarnya ke hospital tempatan di mana doktor menyatakan dia telah mati. Walaubagaimana pun sangkaan dokotor itu meleset sama sekali.

"Ini adalah kejutan bagi kakitangan hospital dan ahli keluarga selepas Manas terbangun ketika para doktor memulakan autopsi," akhbar itu melaporkan.

Setelah bangun, Deo dibawa ke hospital di bandar berdekatan Cuttack untuk rawatan. Dia ketika ini sudah pulih dan dilaporkan akan dibenarkan keluar dari hospital dalam satu atau dua minggu. Ini bukan pertama kalinya seseorang telah terbangun setelah dinyatakan meninggal.

Pada tahun 2007, seorang lelaki bernama Carlos Venezuela Camejo dibawa ke bilik mayat, juga terlibat dalam kemalangan kereta. Ketika doktor mulai memotong wajah mangsa, mereka terkejut melihat dia mulai berdarah dan cepat-cepat menjahit kembali luka itu.



Via - NY Daily News , 8 Januari 2010


"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 35

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." Surah Aali 'Imran : Ayat 102

Dari Jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.” Hadith riwayat Muslim

2 ulasan:

  1. Ni lah dia namanya "sebelum ajal berpantang maut".
    Aiyo.. kalau lah saya berada disitu memang dah putih tapak kaki dah...

    BalasPadam
  2. Ni lah dia namanya "sebelum ajal berpantang maut".
    Aiyo.. kalau lah saya berada disitu memang dah putih tapak kaki dah...

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.