Isnin, 11 Januari 2010

Beberapa foto aksi pelik dan menarik sepanjang 2009



Orang-orang berpakaian seperti kondom mempromosi penggunaan kondom pada Hari AIDS Sedunia di La Paz, Bolivia, pada 1 Disember 2009.



Pemandu Bugatti Veyron ini, sebuah kereta yang berharga sejuta dollar, berkata bahawa seekor burung undan (pelican) terbang rendah dan telefonnya yang tercicir menyebabkan dia terlajak keluar dari jalan dan masuk ke paya air masin di Teluk Omega, La Marque, Texas. Kereta tersebut terpaksa di tarik oleh trak penunda pada 11 Jan 2009.




Panang, seekor gajah hamil berusia 20 tahun ini membuat regangan badan dengan pengurus Andi Fries pada 6 Nov 2009 dalam sebuah zoo di Munich, Jerman. Gajah hamil selama dua tahun dan Panang dijangka akan melahirkan anak pada bulan November atau Disember.



Seorang model mempamerkan satu ciptaan dari pereka fesyen muda cina dalam China Fashion Week di Beijing pada 9 Nov 2009.



Nihang, atau pejuang Sikh, Babe "Balwant" Singh, memakai serban 700 meter panjang, 132-paun berat ketika dia pose untuk foto di Amritsar, India, 10 Oktober 2009.



Marcos Antonio da Luz, 34, "membasuh" mukanya dengan pecahan kaca dalam pertunjukan jalanan di persekitaran Florida Buenos Aires, Argentina, pada 20 September 2009.



Seekor tupai mencapai kacang daripada tangan seorang wanita di sebuah taman pada suatu hari musim gugur di Minsk, Belarus, pada 20 Oktober 2009.



Komando National Security Guard menampilkan seni mempertahankan diri mereka di New Delhi, India, pada 16 Oktober 2009.



Helikopter dari angkatan tentera udara India, pasukan akrobatik Sarang terbang dekat antara satu sama lain pada 6 Oktober 2009 ketika latihan bagi pertunjukan Hari Tentera Udara India di pinggiran New Delhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.