Sabtu, 2 Januari 2010

Bakal pencabar Mariah Carey

Orang Utan ini nampaknya seperti menyanyi dengan penuh penghayatan dan anaknya sebagai penari latar. Tetapi yang musykilnya, mulut anak dia lebih luas dibuka berbanding dengan si ibu yang menjadi penyanyi itu. Mungkin kerana terlalu ghairah.





Bersiap sedialah wahai Mariah Carey, Whitney Houston, Ziana Zain, Anuar Zain, Misya Omar, Siti Nurhaliza dan mana-mana artis pun, kamu akan mendapat saingan yang hebat tidak lama lagi.

Beginilah haiwan yang dikenali sebagai Orang Utan ini, yang biasanya dijumpai dalam keadaan bergurau senda, bergelak ketawa, dan kadang-kadang ada juga dijumpai sedang menangis. Penuh dengan emosi juga mereka ini ya.

Menurut kajian terbaru oleh pakar psikologi Universiti Harvard, James Lee, Orang utan adalah haiwan yang paling cerdas di dunia selain manusia, dengan pembelajaran dan kemampuan menyelesaikan masalah yang lebih tinggi daripada cimpanzi, yang sebelumnya dianggap mempunyai keupayaan yang lebih besar.


Sumber gambar dari The Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.