Isnin, 14 Disember 2009

Abu Dhabi memberikan Dubai 10 billion dollars untuk bayar hutang

Kerajaan Dubai mengumumkan telah diberi $10bn (£6.13bn) dari tetangga Emiriah Arab Bersatu iaitu Abu Dhabi untuk membantu melunaskan hutangnya.

Ia akan menggunakan $4.1bn (£2.5bn) daripada duit itu untuk menyelamatkan syarikat pelaburan milik kerajaan iaitu Dubai World.

Syarikat Pengoperasian Pembangunan Hartabenda Nakheel memerlukan wang untuk membayar pelabur dalam bentuk bon Islam kerana tempoh matangnya pada hari ini, Isnin.

Dubai telah parah terkena penurunan ekonomi global. Wang daripada Abu Dhabi akan digunakan untuk membantu negara memenuhi komitmen kewangan jangka pendeknya.

Pembayaran yang akan dibuat pada hari Isnin adalah bon sukuk atau Islamik, direka agar sesuai dengan hukum Islam yang melarang pembayaran bunga.


Laporan dari BBC News, 14 Disember 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.