Khamis, 26 November 2009

Virus yang boleh mengubah iPhone menjadi zombie

Virus IPhone yang boleh menukar telefon anda menjadi zombie telah menjangkiti sejumlah handset di Eropah, sebuah syarikat keselamatan telah memberi amaran tentang hal ini.

Laporan menyatakan bahawa virus baru, yang disebut 'Duh' atau 'Ikee.B' oleh penyelidik, tersebar dengan pantas di Belanda.

Beberapa pengguna iPhone Belanda yang melawat ING bank dalam talian mereka melalui telefon telah melaporkan sedang diarahkan ke halaman tiruan oleh virus tersebut, meninggalkan mereka terdedah kepada penjahat cyber.

Namun, para analis keselamatan di Sophos mengatakan hanya telefon 'Jailbroken' sahaja yang berisiko. 'Jailbreaking' ialah satu proses hacking (menceroboh) yang membolehkan peranti untuk memotong 'App Store' rasmi dan menjalankan perkhidmatan yang tidak diluluskan.

Sekitar empat juta daripada 40 juta iPhone diyakini telah di 'Jailbroken' oleh pemiliknya.

'Duh' boleh memburu untuk 'crack' iPhone di pelbagai alamat IP termasuk Australia, Belanda dan Portugal.

Virus jahat ini muncul hanya dua minggu selepas pelajar dari Australia mencipta virus iPhone pertama, yang mengubah 'wallpaper' pengguna menjadi foto penyanyi Rick Astley.


Sumber - DailyMail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.