Ahad, 29 November 2009

Labah-labah 'merak' kecil yang berwarna-warni

Labah-labah merak kecil

Ditemui di Australia, foto-foto menunjukkan labah-labah kecil yang hanya bersaiz 4 mm, bergelar labah-labah 'merak' (peacock spider). Labah-labah jantan mempunyai warna pelangi untuk menarik perhatian labah-labah betina berhampirannya.

Ianya berkaki lapan seperti labah-labah lain, dan tubuhnya berwarna oren, kuning, hijau dan biru. Juga dikenali sebagai Moratus Vilans, jurugambar amatur Jurgen Otto mula melihat makhluk yang berwarna-warni ini di hutan belantara.

Labah-labah merak kecil

Labah-labah ini juga menggunakan pasangan kakinya yang ketiga pada pertunjukan untuk mengawan, mengangkat mereka untuk menunjukkan bulu hitam dan hujung putih.

Labah-labah 'merak' juga boleh melompat, tetapi kepercayaan umum bahawa ia boleh menggunakan kepak bercoraknya meluncur melalui udara merupakan mitos yang telah disangkal oleh Australasian Arachnological Society.

Labah-labah merak kecil

Labah-labah ditemui di bahagian timur Australia, termasuk Queensland dan New South Wales. Kedua jantina daripada labah-labah ini jarang mencapai lebih daripada 5mm panjang. Labah-labah betinanya berwarna coklat tanpa corak yang ketara.

Labah-labah merak kecil

Labah-labah merak kecil



Sumber - Telegraph

Foto-foto oleh Jurgen Otto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.